Saturday 17 December 2011

Pengertian Muamalat Dan Jenisnya

TUJUAN BLOG DIHASILKAN

Tujuan  utama blog ini dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem muamalat di dalam Islam. Selain dari itu tujuan utama blog ini adalah supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipu daya dan sebagainya. Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  1. Dapat mengetahui maksud dan jenis-jenis muamalat itu sendiri.
  2. Membolehkan seseorang itu menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.
  3. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. 
 


Pengertian Muamalat

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Jenis Muamalat

1. Muamalat yang berasaskan kebendaan
- Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kebendaan ialah :
  • Ekonomi - maksudnya cara-cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad contohnya seperti jual beli, gadaian, perbankan, pertanian, perindustrian dan lain-lain.
  • Perkhidmatan - memberikan perkhidmatan kepada orang lain contohnya seperti penyewaan rumah, pinjam-meminjam, pengankutan awam, runding cara, pendidikan dan lain-lain. 

GAMBAR KEGIATAN MUAMALAT BERASASKAN KEBENDAAN
PERINDUSTRIAN
 PENGANGKUTAN AWAM 

 

2. Muamalat berasaskan kemanusiaan
- Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kemanusiaan ialah : 
  • Kebajikan seperti menderma, memberi bantuan, sedekah dan lain-lain.
  • Pembangunan manusia seperti penyelidikan, kursus kemahiran dan lain-lain.

GAMBAR KEGIATAN MUAMALAT BERASASKAN KEMANUSIAAN

DERMA

PENYELIDIKAN


Soalan perbincangan

1. Pengertian muamalat:-
    a) urusan pekerjaan  
    b) urusan sesama manusia
    c) urusan pentadbiran
    d) urusan usahasama

2. Berapakah bahagian kegiatan muamalat?
      a) 6
      b) 2
      c) 3
      d) 5

3. ”Kantin sekolah”kegiatan muamalat berasaskan _______________
     a) perkhidmatan
     b) kebajikan
     c) pembangunan
     d) ekonomi

4. Bidang kegiatan muamalat berasaskan kemanusiaan KECUALI
     a) pendidikan dan penilaian
     b) sedekah dan hutang
     c) menderma dan memberi bantuan
     d) penyelidikan dan kursus kemahiran

5. Yang manakah paling tepat mengenai muamalat berasaskan kebendaan?
     a) kebajikan dan menderma
     b) pembangunan dan penyelidikan
     c) ekonomi dan perkilangan                               
     d) perkhidmatan dan memberi sedekah


Aktiviti perbincangan

1. Apakah kesan kepada aktiviti seharian jika tiada sistem muamalat dalam kehidupan seharian?
2.  Berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud " Dan Allah Taala telah menghalalkan jual beli & mengharamkan riba". Mengapakah riba ini diharamkan dalam sistem jual beli?
3.  Jelaskan pengertian muamalat yang anda faham?
 





SELAMAT MENCUBA

10 comments:

  1. Assalammualaikum.. ni blog yg bagus utk semua muslim agar bermuamalat mengikut syarak.

    Jwpn bg soalan :
    1. (b 2. (b 3. (d 4. (a 5.(c

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...topik yang dibincangkan bgus dan memberi maklumat lbih lanjut tentang muamalat itu sendiri..walupn ringkas tp agak berkesan denagn adanya bhg soalan...

    ReplyDelete
  3. salam dijawab...tq ajib krn sma2 bkngsi mklmt n mjwb soaln t..thniah d ucpkn krn mmikr utk mnjwb soaln t..adkh btl jwpn t..ahaa..tnggu??

    ReplyDelete
  4. salam di jawab..tq nina krn sudi mlyari blog ni..jka nina de mklmt tntg muamalt ley bkngsi di blog ni..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semangat bermuamalat cara Islam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye btol tu..untung di dunia, untung di akhirat

      Delete
  6. terima kasih blog ni memberi manfaatnya..tetapi jika libih baik atau bagis jika diselitkan dimana datangnya sumber atau kesahihan atau rujukan ini semua...sekian terima kasih

    ReplyDelete