Saturday, 17 December 2011

Pengertian Muamalat Dan Jenisnya

TUJUAN BLOG DIHASILKAN

Tujuan  utama blog ini dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem muamalat di dalam Islam. Selain dari itu tujuan utama blog ini adalah supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipu daya dan sebagainya. Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  1. Dapat mengetahui maksud dan jenis-jenis muamalat itu sendiri.
  2. Membolehkan seseorang itu menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.
  3. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. 
 


Pengertian Muamalat

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Jenis Muamalat

1. Muamalat yang berasaskan kebendaan
- Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kebendaan ialah :
  • Ekonomi - maksudnya cara-cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad contohnya seperti jual beli, gadaian, perbankan, pertanian, perindustrian dan lain-lain.
  • Perkhidmatan - memberikan perkhidmatan kepada orang lain contohnya seperti penyewaan rumah, pinjam-meminjam, pengankutan awam, runding cara, pendidikan dan lain-lain. 

GAMBAR KEGIATAN MUAMALAT BERASASKAN KEBENDAAN
PERINDUSTRIAN
 PENGANGKUTAN AWAM 

 

2. Muamalat berasaskan kemanusiaan
- Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kemanusiaan ialah : 
  • Kebajikan seperti menderma, memberi bantuan, sedekah dan lain-lain.
  • Pembangunan manusia seperti penyelidikan, kursus kemahiran dan lain-lain.

GAMBAR KEGIATAN MUAMALAT BERASASKAN KEMANUSIAAN

DERMA

PENYELIDIKAN


Soalan perbincangan

1. Pengertian muamalat:-
    a) urusan pekerjaan  
    b) urusan sesama manusia
    c) urusan pentadbiran
    d) urusan usahasama

2. Berapakah bahagian kegiatan muamalat?
      a) 6
      b) 2
      c) 3
      d) 5

3. ”Kantin sekolah”kegiatan muamalat berasaskan _______________
     a) perkhidmatan
     b) kebajikan
     c) pembangunan
     d) ekonomi

4. Bidang kegiatan muamalat berasaskan kemanusiaan KECUALI
     a) pendidikan dan penilaian
     b) sedekah dan hutang
     c) menderma dan memberi bantuan
     d) penyelidikan dan kursus kemahiran

5. Yang manakah paling tepat mengenai muamalat berasaskan kebendaan?
     a) kebajikan dan menderma
     b) pembangunan dan penyelidikan
     c) ekonomi dan perkilangan                               
     d) perkhidmatan dan memberi sedekah


Aktiviti perbincangan

1. Apakah kesan kepada aktiviti seharian jika tiada sistem muamalat dalam kehidupan seharian?
2.  Berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud " Dan Allah Taala telah menghalalkan jual beli & mengharamkan riba". Mengapakah riba ini diharamkan dalam sistem jual beli?
3.  Jelaskan pengertian muamalat yang anda faham?
 





SELAMAT MENCUBA

Firman Allah Taala


Maksudnya : " Maka mintaklah rezeki itu di sisi Allah dan sembahlah Dia dan bersyukur kepada-Nya " 
Surah Al-Ankabut Ayat 17



هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
Surah Al-Mulk Ayat 15